Thursday

Pengalaman Menggunakan Produk Nurraysa

Sebelum guna produk Nurraysa, dah banyak guna produk lain. Terutamanya produk yang berada di pasaran. Macam-macam guna. Mula guna, muka nampak ok. Bila dah lama, muka kembali berjerawat. Sememangnya muka ni muka yang sensitif. Tidak boleh pakai produk yang sembarangan.


kat bawah ni antara produk yang pernah pakai, tapi xpernah bagi kesan yang molek. bukan nak kata produk ni tak okey. bergantung pada jenis kulit okey. ada yang okey, ada yang tak okey.



tak ingat masa mana pakai produk ni. tapi best jugak produk ni. suka dengan baunya yang wangi. cuma tak sesuai dengan muka jer. sedihhh


pakai sabun beras ni, ok mula-mula tu. lama-lama kulit mengelupas. jadi nipis kulit. jerawat mula timbul. memang sabun ni menghakis kulit. nak guna pun sehari cuci 2x jer. pagi & malam



produk safi ni pun sanga suka. ada pelbagai jenis. bau pun wangi. pakai pun sekejap jer. bila tak okey, tukar safi yang jenis lain pulak. gitu la. banyak tukar. 

kemudian pergi kat farmasi, cakap muka kulit sensitif, pakai ape-ape mesti naik jerawat. so akak farmasi tu suggest kan produk SIMPLE. produk ni buatan dari UK lau tak silap.



akak kat farmasi tu bagi set trial untuk masalah kulit sensitif. mahal jugak produk ni. produk mahal sememangnya kualiti yang bagus. best pakai produk ni. jerawat semakin berkurangan.

tapi satu jer yang tak suka. pencuci tu dalam bentuk gel. selepas bilas rasa macam minyak-minyak. gel kan. siapa yang pakai, mesti tahu macam mana rasa. sekarang ni just guna moisturiser jer. pencuci dah tak guna. toner pun dah habis. 

bila pencuci tu rase gel, jumpa produk nurraysa di facebook. kawan yang jual. kebetulan dia jugak pengasas bagi produk ni. mula fikir banyak kali jugak. sebab harga RM40 untuk 1 kotak. 

lau boleh nak produk murah-murah. tapi fikir produk murah semua dah cuba dan kesan pun tak okey. so decide 100x fikir baru beli sabun kolagen ni. disebabkan malas nak pakai banyak-banyak kat muka. decide beli sabun kolagen jer.



masa mula pakai tu, alhamdulillah, muka tak alami healing crisis. muka pun tak gatal-gatal dan naik ruam merah. yang naik jerawat jer macam biasa. sabar lagi guna masa tu. lepas tu dalam sebulan, nampak perubahan. parut-parut lama disebabkan jerawat semakin hilang semakin pudar. terus guna lagi. meman tak campur mana- mana produk. setia dengan sabun kolagen. lau nak pergi kelas, just pakai moisturiser simple dan bedak jer. sebab muka akan gelupas kalau kena matahari. badan tak cukup air.

kini, hampir 9 bulan, muka dah licin. alhamdulillah sangat. guna sabun kolagen tu best. dah la wangi. tahan dalam 1 bulan. sekarang sabun kolagen besar sikit dari dulu. tahan hampir 2 bulan. boleh potong kecik-kecik. 


sabun kolagen nurraysa
harga RM40sem/RM45ss

berat : 55gram

 



4 comments:

  1. serius ke ok?? ade cuba berhenti tak dalam seminggu 2 ke. x naik jerawat ?

    ReplyDelete
  2. Jual di shopee lagi murah harga

    ReplyDelete
  3. Live Casino (H2H) - Jordan's Arabia23 Retro
    The casino features a collection 바카라 룰 of casino slots, poker, roulette and get air jordan 18 retro red live dealer 일본 야구 분석 사이트 games. All from your desktop. Download the H2H client for air jordan 18 retro red for sale free. top air jordan 18 stockx

    ReplyDelete
  4. Hotel & Casino, Dubai, UAE - Air Jordan23
    Guests can try the outdoor pool. If you're looking ford fusion titanium for a pool in the centre, 먹튀 사이트 the Hotel & Casino, discount air jordan 23 shoes online Dubai, top jordan 6 retro UAE has a wide range of outdoor swimming pools.Hotel 토토 사이트 추천 class: Adults onlyRooms: 2616 sq ft

    ReplyDelete